Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-61 Tahun

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Bersempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-61 Tahun

Pada Hari Selasa 9hb Rejab 1428 24hb Julai 2007

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadeen, Wassalaatu Wassalaamu’Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammaddin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een Waba’du

Beta sangatlah bersyukur dan bahagia kerana dapat lagi hadir di Majlis Ilmu pada tahun ini.

Beta juga memahami, bahawa Majlis Ilmu terus mendapat dukungan dan minat orang ramai kerana persembahannya yang unik, serta menepati ciri-ciri keilmuan dan ketamadunan.

Kerana itu, ia berhaklah menerima restu untuk kelangsungannya dengan agenda-agendanya yang sentiasa segar.

Bermula dari memberikan perspektif yang betul mengenai fungsi masjid, kemudian tentang pendidikan dan profesionalisme bagi kualiti dan produktiviti, tentang kedaulatan yang dilihat sebagai tonggak survival bangsa, maka pada tahun ini Beta difahamkan, Majlis Ilmu membawa pula tema yang berkaitan dengan akidah, selaku harapan dan doa, semoga lahirlah masyarakat berakidah yang diberkati oleh Allah.

Dengan tema ini, akan mengajak kita kepada cara hidup berakidah, baik dalam berfikir, merancang mahupun melaksanakan semua bantuk rancangan.

Kita jadikan ia suluh untuk bekerja lebih telus, rajin dan efisien, sehingga membawa kepada pencapaian kualiti dan produktiviti tinggi.

Kita perlu sedar, isu akidah adalah isu sepanjang zaman. Aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah adalah perkara lumrah, namun orang kurang sedar bahawa perkara seumpama ini boleh membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang amat besar.

Kita ambil contoh mudah, perbuatan mencuri, mabuk kerana meminum minuman keras dan khayal kerana dadah, adalah diantara sekian banyak perlakuan-perlakuan tidak berakidah. Maka tidakkah kita nampak, kebinasaan dan kerugian yang sedang menunggu mereka itu?

Demikianlah dengan perkara-perkara buruk yang lain yang tidak terkira banyaknya, apabila ia dilakukan, bermakna orang yang melakukan itu akidah mereka adalah cacat, keyakinan terhadap Allah tidak penuh. Kerana jika akidah mereka sempurna, nescaya semua perkara salah dan haram disisi Allah itu tidaklah akan mereka lakukan.

Demikian itulah kemuliaan dan kepentingan akidah.

Beta melihat, kita cukup memiliki kemudahan dan keupayaan untuk menyubur dan mengukuhkan akidah. Kita mempunyai agensi-agensi, skim-skim dan program-program dengan segala infrastrukturnya. Semua ini boleh berperanan selaku mekanisme untuk mengwujudkan generasi berakidah, generasi yang sempurna iman yang akan membawa kita dapat menikmati keselamatan yang berpanjangan.

Cuma apa yang perlu dibuat ialah melihat semula mekanisma itu, mengusai paradigma pelaksanaan, supaya matlamat masyarakat berakidah untuk keselamatan, pembangunan dan kemajuan benar-benar tercapai.

Ini bukanlah sebuah dongeng, dan bukan juga mundur ke belakang, tetapi ia adalah betul-betul wujud atau pernah wujud, bahawa masyarakat berakidah itu adalah masyarakat cemerlang, sifatnya penuh membina bukan merosak atau pun ‘kacau daun’ terhadap pembangunan Negara dan bangsa. Bahkan ia adalah pendorong dan menolong untuk lebih maju dan lebih sempurna lagi.

Akhirnya beta berdo’a, semoga Majlis Ilmu akan dapat mencapai tujuannya yang murni untuk kegemilangan masa kini dan akan datang.

Dengan lafaz Bismillaahir Rahmaanir Raheem, Allahumma Salli ‘Alaa Syyidinaa Muhammad, Wa’ala Aali Sayyidinaa Muhammad, Beta rasmikan Majlis Ilmu 2007 ini.

Wabillahit Taufeq Walhidayah. Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.